I have not got in touch with Amir Hakim Marwilis, better known as Sifu Amir, since I last interviewed him in 2021. ( u can read the story click here )
He will be stepping back into competition soon, time for a catch up.

Sifu Amir grew up in Setapak and later Shah Alam. Once a troubled teen expelled from school, he turned his life around through martial arts and art. After years of hardship — even toasting ikan bilis with a lighter to survive — he found success as an airbrush artist, gaining national recognition.
However, his passion for martial arts reignited after he ballooned to 127 kg. Determined to change, he trained relentlessly, shed 50 kg, and competed in Muay Thai, Boxing, Kickboxing and MMA, earning the title “Complete Fighter” from Ultimate Beatdown
In 2009, he founded AKLS (Amir KL Squad) to offer free martial arts training for troubled youths. When the pandemic hit, his student helped him rebuild, leading to the creation of AKLS Muaythai & MMA Academy.
When life knocks him down, Sifu Amir Hakim Marwilis always gets back up. Once a complete fighter across multiple disciplines, he is lacing up his gloves again — one last time. His last appearance inside the cage was in October 2023, at Ultimate Beatdown, fighting in Caged Muaythai, where a freak accident left him with fractured ribs and a scarred lung. The injury kept him sidelined for six long months.
“That layoff made me realize I’m still hungry for one last dance,” he said. “At any moment, we can die and be forgotten. I’d rather go out fighting.”
But this comeback isn’t just about unfinished business. It’s also fueled by frustration. In recent months, a wave of influencer has flooded social media. One in particular, is Fezrul Khan a Malaysian actor, acted in many drama, telemovie and movies such as Polis Evo 3, Air Force the Movie.
In TikTok Fezrul has huge following. He has a persona as Ratu Lebah, which he use to promote his honey products online.
Sifu Amir felt that Fezrul has crossed crossed the line when he mocked him and his team online.

“I couldn’t stay quiet anymore, When the promoter from Kuda Merah asked if I’d face him, I said, ‘Of course.’”

At 45 years old, Amir knows the risks. His body carries battle scars, his recovery slower than ever. “Even a 50 percent training camp feels like a real fight the next day,” he laughed. But beneath the humor is honesty — the fear of injury, and the shadows of depression that haunted him after his last bout. “I fell into a dark place… anxiety, suicidal thoughts. I was hospitalized for months. But with the help of my AKLS Familia brothers and students, I found myself again. Now I feel the rush — the fun in pain — returning.”


Training remains simple. No fancy fight camps, no big sponsors. Just long hours in his gym, surrounded by his fighters — including his son Han Turbo, a decorated champion.
“They remind me why I started. I just love fighting, the pain, the crowd, the chaos. I want to show my young guns that age is just a number.”

For Sifu Amir, this comeback is about closure — a testament to the unbreakable bond between fighter and fight.
“It’s do or die, If I die, I die. But I’ll die doing what I love.”
Before stepping back into the ring, he leaves one message for his students and anyone battling doubt:
“There are four things you can’t control in life — being born, soulmates, time, and death.
So do what you love most. Don’t stop. Never give up.”

The fight with Ratu Lebah will go down on 15 NOV 2025 at Kuda Merah International Muaythai Challenge – Grand Final
Regarded as the “granddaddy” of Muaythai events in Malaysia, Kuda Merah is famous for its electric crowd and high-calibre matchups featuring the nation’s top fighters. This time, it will also serve as the stage for a deeply personal chapter in Sifu Amir’s journey.

Day 1 will mark his long-awaited return to competition — a symbolic last dance for the veteran coach But the story doesn’t end there. On Day 2, his torchbearers take over: Han Turbo, his third son, and Kamil Gambit, his adopted son, will both fight under the AKLS banner.

For Sifu Amir, it’s not just another fight weekend — it’s a passing of the torch. One day for himself… and the next, for his legacy. Win or lose, Sifu Amir’s story reminds us that true warriors never retire — they simply wait for one more round.


versi bahasa Malaysia.
Sudah sekian lama saya tidak berhubung dengan Amir Hakim Marwilis, atau lebih dikenali sebagai Sifu Amir, kali terakhir saya menemu ramahnya pada tahun 2021.
(anda boleh baca kisah terdahulu beliau di sini)
Kini beliau bakal kembali ke gelanggang — sudah tiba masanya untuk mengetahui perkembangan terbaru nya.
Sifu Amir membesar di Setapak dan kemudian di Shah Alam. Dahulu seorang remaja bermasalah yang dibuang sekolah, beliau mengubah kehidupannya melalui seni mempertahankan diri dan seni lukis. Setelah melalui pelbagai kesusahan — termasuk pernah membakar ikan bilis dengan pemetik api untuk dimakan, beliau akhirnya menemui kejayaan sebagai artis airbrush yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.
Namun, semangatnya terhadap seni bela diri kembali menyala apabila berat badannya naik sehingga 127 kg. Berazam untuk berubah, beliau berlatih tanpa henti, menurunkan 50 kg, dan mula bertanding dalam Muay Thai, tinju, kickboxing, serta MMA, sehingga dianugerahkan “Complete Fighter” oleh promosi Ultimate Beatdown
Pada tahun 2009, beliau menubuhkan AKLS (Amir KL Squad) untuk memberikan latihan seni bela diri secara percuma kepada golongan belia bermasalah. Ketika pandemik melanda, salah seorang anak muridnya membantu beliau bangkit semula, dan lahirlah AKLS Muaythai & MMA Academy.
Kini Sifu Amir menjadi jurulatih kepada anaknya Han Turbo— juara pelbagai acara seni tempur — membuktikan bahawa tidak kira seberapa kuat hidup menghentammu, kamu tetap boleh bangkit lebih kuat.
Apabila hidup menjatuhkannya, Sifu Amir Hakim Marwilis sentiasa bangkit kembali. Dulu dikenali sebagai “Complete Fighter” dalam pelbagai disiplin, kini beliau melangkah semula ke gelanggang — untuk kali terakhir.
Penampilan terakhirnya dalam gelanggang ialah pada Oktober 2023, di Ultimate Beatdown – Caged Muaythai, di mana satu kemalangan luar jangka menyebabkan tulang rusuknya retak dan paru-parunya cedera. Kecederaan itu memaksanya berehat selama enam bulan.
“Tempoh berehat itu buat saya sedar yang saya masih lapar untuk satu pertarungan terakhir,” katanya. “Pada bila-bila masa kita boleh mati dan dilupakan. Saya lebih rela pergi dengan berjuang.”
Namun, kemunculan semula ini bukan sekadar urusan yang belum selesai — ia juga didorong oleh rasa kecewa. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, gelombang influencer membanjiri media sosial. Salah seorang daripadanya ialah Fezrul Khan, seorang pelakon Malaysia yang pernah membintangi banyak drama, telefilem dan filem seperti Polis Evo 3 dan Air Force The Movie.
Di TikTok, Fezrul mempunyai pengikut yang sangat ramai dan membawa watak Ratu Lebah, yang digunakannya untuk mempromosikan produk madu miliknya.
Sifu Amir merasakan bahawa Fezrul telah melampaui batas apabila memperlekehkan beliau dan pasukannya secara terbuka dalam media social.
“Saya tak boleh berdiam diri lagi,” akuinya. “Bila promoter dari Kuda Merah tanya sama ada saya sedia lawan dia, saya jawab — sudah tentu.”
Pada usia 45 tahun, Amir sedar akan risikonya. Tubuhnya sarat dengan parut perjuangan, dan pemulihan kini lebih perlahan dari dulu. “Latihan pada 50 peratus pun dah rasa macam baru saja habis bertarung dalam pertandingan.” katanya sambil ketawa. Namun di sebalik ketawa itu ada kejujuran — ketakutan terhadap kecederaan dan bayangan kemurungan yang menghantuinya selepas pertarungan terakhirnya.
“Saya pernah jatuh ke dalam kegelapan… saya melalui kemurungan, keresahan & pemikiran untuk bunuh diri. Saya dimasukkan ke hospital berbulan-bulan, menjalani terapi minda. Syukur dengan sokongan AKLS Familia, saudara dan anak-anak murid saya, saya jumpa diri saya semula. Saya dapat keluar dari kegelapan itu. Sekarang saya rasa semangat itu kembali — keseronokan dalam kesakitan.”
Latihannya masih sederhana. Tiada kem latihan mewah, tiada penaja besar. Hanya masa panjang di gim, dikelilingi anak-anak murid — termasuk anaknya Han Turbo, atlit yang telah banyak menangi kejuaraan. “Mereka ingatkan saya kenapa saya mula dulu. Saya cuma cintakan pertarungan — kesakitan, sorakan penonton, kekecohan. Saya nak tunjuk pada anak-anak muda saya yang umur hanyalah satu angka.”
Bagi Sifu Amir, kemunculan semula ini adalah tentang penutupan kisah hidup — bukti ikatan abadi antara seorang pejuang dan pertarungan.
“Ini ialah hidup atau mati,” katanya perlahan. “Kalau saya mati, biarlah saya mati buat apa yang saya cinta.”
Sebelum kembali ke gelanggang, beliau meninggalkan satu pesanan kepada anak-anak murid dan sesiapa yang sedang berjuang dengan keraguan diri:
“Ada empat perkara dalam hidup yang kita tak boleh kawal — bial di lahirkan, siapa jodoh, masa, dan kematian. Jadi buatlah apa yang kamu paling suka. Jangan berhenti. Jangan pernah menyerah.”
Pertarungan antara Sifu Amir dan Ratu Lebah (Fezrul Khan) akan berlangsung pada 15 November 2025 di Kuda Merah International Muaythai Challenge – Grand Final.
Dianggap sebagai “acara legenda” dalam dunia Muay Thai Malaysia, Kuda Merah terkenal dengan sambutan luar biasa dan pertarungan berkualiti tinggi melibatkan barisan pejuang terbaik negara. Kali ini, ia juga menjadi pentas bagi babak paling peribadi dalam perjalanan Sifu Amir.
Hari Pertama bakal menyaksikan kemunculan semula beliau ke arena — tarian terakhirnya dalam gelanggang bagi jurulatih veteran ini.
Namun kisahnya tidak berakhir di situ. Pada Hari Kedua, giliran anak-anak didiknya pula mengambil alih — Han Turbo, anak ketiganya, dan Kamil Gambit, anak angkatnya, akan bertarung membawa panji AKLS.
Bagi Sifu Amir, ini bukan sekadar hujung minggu pertarungan — ini adalah penyerahan legasi.
Satu hari untuk dirinya… dan hari berikutnya untuk waris perjuangannya.
Menang atau kalah, kisah Sifu Amir mengingatkan kita bahawa pejuang sejati tidak pernah bersara — mereka hanya menunggu satu lagi pusingan.













Be the first to write a comment.