KOTA KINABALU: Confidence, charisma, and class — Lee Tian Jiang (TJ) had it all as he proudly carried Sabah’s flag to the top at the Bachelor of Malaysia (BOM) 2025 finals, held recently in the state capital.
Going head-to-head with contestants from across the nation, Lee stood out with his charm, poise, and presence, ultimately walking away with the coveted national title and a prize package worth RM30,000.

His winnings include RM7,000 cash, a trophy, return flights to represent Malaysia at an international male pageant, as well as exclusive trips to South Korea and the stunning Maliau Basin Conservation Area — often called “Sabah’s Lost World.”
Beyond the spotlight, Lee also earned an education scholarship, a one-year training and grooming programme, and a host of sponsored rewards to help him embark on his journey as Malaysia’s newest male ambassador of style and confidence.
Muhammad Asyraf Noor Hisham from Selangor impressed the judges to claim the first runner-up position, while Kuala Lumpur’s Laiz Muhamad Izmet secured a strong third-place finish.

This is Tian Jiang’s first experience entering a male pageantry ,not only he won the grand prize, but also won 4 sub title , HOD – House of Dress Ambassador, Public Choice Award, Mr Photogenic & Best Fitness Award. 2026.

Let’s get to know Lee Tian Jiang, or more well known to his friends as T J

What makes TJ stand out is definitely his martial arts background. For him, martial arts isn’t just a skill — it’s his life story. Trained since 10 years old under his father, Sifu Lee, a respected Lion Dance Master Trainer, TJ grew up surrounded by discipline, rhythm, and cultural pride.

The family’s Lion Dance troupe frequently brought home championship titles, setting the foundation for TJ’s lifelong commitment to mastery and excellence.
In primary school TJ began exploring gymnastics and later mastering Taekwondo. After finishing high school, he began travelling abroad to deepen his craft — learning Muaythai in Thailand, Wing Chun and Sanda in China, and even studying Escrima and Systema.

In 2019, at just 21, TJ already operate his own gym – Kung Fu Dojo. In his Dojo, there’s classes for self-defence, Boxing, Muaythai and fitness. TJ himself teaches XMA (Xtreme Martial Arts) — a thrilling blend of traditional martial arts, acrobatics, and performance. His team is regularly invited to perform at official events, showcasing martial arts as both art and athleticism.

My advocacy would be to stop bullying. I say this because I experienced it myself—I was bullied before, and no one stood up for me at that time.
Those experiences shaped me and pushed me to become an action actor, not just for entertainment, but to share stories that inspire people with positive messages and encourage them to become better, instead of focusing only on looks on screen.

I want to inspire the youth through martial arts as a way to protect themselves from bullying. Kung Fu gave me the strength to defend myself and the confidence not to be broken. That is why I built my own Kung Fu Dojo—a place where people can train to be strong, stay fit, and become part of a community that stands together against bullying.”

TJ has also stepped into the film industry, performing action scenes in movies, drama and commercials where his authentic skill and charisma shine on screen.
A martial artist, performer, and teacher — TJ embodies the true spirit of discipline, creativity, and passion, which shines through during his Bachelor of Malaysia pagent.


TJ & the other 14 contestants had to go through 3 months of commitment for this pageantry. There were many activities from photo shooting, group assignment , fitness test, stage presence training, public speaking and interview, grooming, styling, and etiquette to social media and branding presence.

All design to evaluate a contestant’s personality, confidence, intelligence, fitness, and character to find a well-rounded modern gentleman who represents style, substance, and purpose.


Bachelor of Malaysia (BOM) 2025 not only celebrated good looks but also intelligence, discipline, and authenticity — values that reflect the new generation of Malaysian men who balance strength with sophistication.
For Sabah, TJ’s win is more than just a title — it’s a statement that the Land Below the Wind continues to produce world-class talent ready to shine on any stage.
by Warriors.asia
for more stories like this, follow in Facebook / Instagram

Versi Bahasa Malaysia
Cahaya Kebanggaan Sabah: Ahli Seni Bela Diri, Lee Tian Jiang Dinobatkan Sebagai Bachelor of Malaysia 2025
KOTA KINABALU: Keyakinan, karisma dan kelas — tiga elemen yang menjadikan Lee Tian Jiang (TJ) menonjol apabila beliau berjaya mengharumkan nama Sabah di pentas kebangsaan setelah dinobatkan sebagai Bachelor of Malaysia (BOM) 2025, yang berlangsung baru-baru ini di ibu negeri Sabah.
Berentap bersama peserta dari seluruh Malaysia, TJ memikat hati juri dengan pesonanya, ketenangan, dan kehadiran yang penuh yakin — sekali gus membawa pulang gelaran juara nasional bersama pakej hadiah bernilai RM30,000.
Antara hadiah yang dimenangi termasuk wang tunai RM7,000, trofi, tiket penerbangan pergi balik untuk mewakili Malaysia di pertandingan lelaki antarabangsa, serta percutian eksklusif ke Korea Selatan dan ke kawasan konservasi Maliau Basin, yang sering digelar “Sabah’s Lost World”.
Selain itu, TJ turut menerima biasiswa pendidikan, program latihan dan penjagaan imej selama setahun, serta pelbagai hadiah tajaan lain untuk membantunya memulakan perjalanan sebagai duta lelaki Malaysia yang membawa imej gaya, keyakinan dan keperibadian unggul.
Tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Asyraf Noor Hisham dari Selangor, manakala tempat ketiga diraih oleh Laiz Muhamad Izmet dari Kuala Lumpur.
Menariknya, ini merupakan penyertaan pertama TJ dalam pertandingan pageant lelaki, dan bukan sahaja beliau meraih gelaran utama, tetapi turut membawa pulang empat anugerah tambahan — HOD Ambassador (House of Dress), Public Choice Award, Mr Photogenic, dan Best Fitness Award.
Siapa Lee Tian Jiang (TJ)?
Apa yang membuatkan TJ menonjol adalah latar belakangnya dalam seni bela diri. Bagi TJ, seni bela diri bukan sekadar kemahiran — ia adalah kisah hidupnya sendiri.
Sejak berusia 10 tahun, TJ telah dilatih oleh bapanya, Sifu Lee, seorang Lion Dance Master Trainer yang disegani. Hidup dalam suasana penuh disiplin, irama dan warisan budaya, keluarga mereka sering menjuarai pertandingan Tarian Singa — meletakkan asas kepada semangat juang TJ dalam mengejar kecemerlangan.
Sejak di sekolah rendah, TJ mula mempelajari gimnastik dan kemudiannya Taekwondo. Selepas tamat sekolah menengah, beliau mula mengembara ke luar negara untuk mendalami seni bela diri — termasuk Muaythai di Thailand, Wing Chun dan Sanda di China, serta Escrima dan Systema.
Pada 2019, ketika hanya usia 21 tahun, TJ sudah memiliki gim nya sendiri – Kung Fu Dojo, yang menawarkan kelas pertahanan diri, tinju, Muaythai dan kecergasan. TJ sendiri mengajar XMA (Xtreme Martial Arts) — gabungan seni bela diri tradisional, akrobatik dan persembahan moden. Pasukannya sering dijemput untuk membuat persembahan rasmi, menonjolkan seni bela diri sebagai gabungan antara seni dan atletisme.
Misi TJ: Hentikan Buli Melalui Seni Bela Diri
“Advokasi saya adalah untuk menghentikan budaya buli. Saya pernah menjadi mangsa buli dan ketika itu tiada siapa yang tampil membela saya.
Pengalaman itu membentuk diri saya untuk menjadi pelakon aksi — bukan sekadar untuk hiburan, tetapi untuk menyampaikan mesej positif agar masyarakat menjadi lebih kuat, berani dan berempati.
Saya mahu memberi inspirasi kepada generasi muda melalui seni bela diri supaya mereka dapat mempertahankan diri dan membina keyakinan. Kung Fu memberi saya kekuatan untuk tidak patah semangat, dan sebab itu saya membuka dojo ini — tempat untuk melatih kekuatan fizikal, kesihatan, dan membina komuniti yang menolak budaya buli.”
Selain mengajar, TJ juga aktif dalam industri filem, terlibat dalam babak aksi dan iklan di mana karisma dan kemahirannya terserlah.
Sebagai seorang ahli seni bela diri, pelakon dan jurulatih, TJ mencerminkan semangat disiplin, kreativiti dan minat mendalam yang menjadi teras kejayaannya dalam Bachelor of Malaysia 2025.
Sepanjang tiga bulan penyertaan dalam pertandingan ini, TJ dan peserta lain menjalani pelbagai aktiviti seperti sesi fotografi, tugasan kumpulan, ujian kecergasan, latihan pentas, pengucapan awam, etika, penjagaan imej, serta latihan media sosial dan penjenamaan diri.
Semua ini bertujuan untuk menilai personaliti, keyakinan, kecerdasan, kecergasan dan karakter bagi mencari figura lelaki moden yang seimbang antara gaya dan nilai kemanusiaan.
Pertandingan Bachelor of Malaysia (BOM) 2025 bukan sekadar meraikan rupa paras — tetapi turut menonjolkan intelek, disiplin dan keaslian. Ia mencerminkan generasi baharu lelaki Malaysia yang bijak, berwibawa dan bergaya.
Bagi Sabah, kemenangan TJ bukan sekadar gelaran — tetapi simbol bahawa negeri di bawah bayu ini terus melahirkan bakat bertaraf dunia yang bersedia untuk bersinar di mana-mana pentas antarabangsa.













Be the first to write a comment.