Born in Terengganu and raised in Klang and Shah Alam, Dhiaaul Amal Bin Othman grew up in a family where discipline and athleticism were a way of life. His father, a retired engineer who once practiced judo, and his mother, a former teacher active in track and field, instilled in him the values of focus and perseverance.

The youngest of eight siblings, Dhiaaul shares an especially close bond with his elder brother Naimul, who first inspired him to take up martial arts. The two have been inseparable in their training journey — sparring together since childhood, pushing each other’s limits, and even facing off in competition. One of the most memorable moments came during the 2015 MIMMA season 3 Flyweight contender fight, where the brothers met inside the cage. The emotional bout became a defining moment for Dhiaaul, teaching him the importance of emotional control in combat.


Over the years, Dhiaaul has carved an impressive record across multiple disciplines. He was the 2017 ONE Silat Championship finalist, 2018 MIMMA Season 5 Bantamweight Champion, 2019 F3 Freestyle Champion, 2019 PUSAKA Freestyle Champion, and 2019 Malaysia Fight League (MFL) Boxing Champion. In 2024, Dhiaaul and his brother Naimul performed during Khabib Nurmagomedov’s visit to Kuala Lumpur — a proud moment representing Malaysia’s combat sports community.



Outside the cage, Dhiaaul works as a personal trainer, but his martial arts identity goes far beyond competition. Known for performing Silat movements before entering the ring, Dhiaaul believes that Silat is the essence of Malay identity — a way to stay calm, control his breathing, and honor his cultural roots. He practices Silat Gerak Angin and Silat Baji Harimau, combining their movements with his own rhythm and composure before every fight.



Interestingly, his first love was boxing. At the age of five, he was inspired by Sarawakian boxer Sapok Biki’s gold medal win at the 1998 Commonwealth Games — a moment that sparked playful sparring sessions with his brother. Their shared passion sometimes got too real; once, Naimul knocked out Dhiaaul’s tooth during a wrestling session, and the two brothers kept it a secret from their mother.

Now, years later, Dhiaaul stands ready for one of his biggest tests — competing in Indonesia’s prestigious ONE Pride 88 – Battle for Glory on November 2nd. He will face Sukma Prawira Aditya, a homegrown favorite with a 6–4–0 record. For this fight, Dhiaaul has intensified his boxing training under longtime coach and corner man Joe Lorenzo, while sharpening his grappling and MMA skills with Coach Khyn of PRIME MMA and his brother Naimul of STRIVE.


Driven by faith and gratitude, Dhiaaul believes his strength and skills are blessings from God — gifts to be used wisely and with purpose.
“As a Malay Muslim, I want to make the best use of this healthy body Allah has given me,”
To young fighters entering the sport, his advice is clear: be serious in training, stay humble, and never give up.
“Combat sports will test you many times. Don’t chase fame — remember, to forge a great Malay kris, the metal must be heated, molded, and hammered again and again. Only through challenges can champions be made.”


Armed with that spirit, Dhiaaul Amal steps into the cage — carrying not just his fighting skill, but the soul of silat and the pride of his heritage.
Story by: www.warriors.asia

Dhiaaul Amal: Berjuang dengan Iman, Warisan dan Semangat Api
Dilahirkan di Terengganu dan dibesarkan di Klang serta Shah Alam, Dhiaaul Amal Bin Othman datang daripada keluarga yang penuh dengan disiplin dan semangat sukan. Bapanya seorang jurutera bersara yang pernah aktif dalam sukan judo, manakala ibunya bekas guru yang aktif dalam olahraga. Dari merekalah Dhiaaul belajar tentang fokus, ketabahan dan nilai kerja keras.
Anak bongsu daripada lapan beradik, Dhiaaul amat rapat dengan abangnya, Naimul, yang menjadi inspirasi utamanya untuk menceburi seni mempertahankan diri. Sejak kecil, mereka sering berlatih bersama, bertarung sesama sendiri dan saling menolak antara satu sama lain untuk menjadi lebih baik. Salah satu kenangan paling bermakna dalam hidupnya ialah ketika kedua-duanya bertemu di separuh akhir MIMMA 3 kategori Flyweight pada tahun 2015. Pertarungan antara adik-beradik ini sangat emosional dan mengajar Dhiaaul bagaimana mengawal perasaan di dalam gelanggang.
Sepanjang kariernya, Dhiaaul telah mengukir pelbagai kejayaan dalam pelbagai disiplin. Beliau merupakan finalis ONE Silat Championship 2017, juara MIMMA Musim 5 (2018) kategori Bantamweight, juara F3 Championship 2019 (Freestyle), juara PUSAKA Freestyle 2019, serta juara Malaysia Fight League (MFL) Boxing 2019. Pada tahun 2024, Dhiaaul dan abangnya Naimul turut tampil membuat persembahan pembukaan sempena kunjungan legenda MMA, Khabib Nurmagomedov ke Kuala Lumpur — satu kebanggaan buat komuniti sukan tempur Malaysia.
Di luar gelanggang, Dhiaaul bekerja sebagai jurulatih peribadi. Namun, identitinya dalam seni bela diri jauh lebih mendalam daripada sekadar bertanding. Dikenali dengan aksi mempersembahkan gerak silat sebelum memasuki gelanggang, Dhiaaul percaya bahawa silat adalah lambang jati diri Melayu — cara untuk menenangkan diri, mengawal nafas dan menghormati warisan bangsa. Beliau mengamalkan Silat Gerak Angin dan Silat Baji Harimau, yang digabungkan dengan gaya peribadinya sebelum setiap pertarungan.
Menariknya, cinta pertama Dhiaaul terhadap seni bela diri bermula dengan tinju. Sejak usia lima tahun, beliau terinspirasi oleh kemenangan peninju Sarawak, Sapok Biki, yang meraih pingat emas untuk Malaysia di Sukan Komanwel 1998. Dari situlah bermula sesi “sparring” nakal bersama abangnya. Semangat mereka kadang-kadang terlalu tinggi — pernah sekali Dhiaaul patah gigi akibat hentakan abangnya, namun mereka berdua merahsiakan perkara itu daripada ibu mereka!
Kini, setelah bertahun-tahun menimba pengalaman, Dhiaaul bakal berdepan satu lagi cabaran besar — beraksi di kejohanan ONE Pride 88- Battle of Glory, Indonesia pada 2 November ini. Beliau akan menentang jaguh tuan rumah, Sukma Prawira Aditya, yang mempunyai rekod 6–4–0. Dalam persiapan ke perlawanan ini, Dhiaaul memperhebatkan latihan tinjunya bersama jurulatih dan rakan lamanya, Joe Lorenzo, yang juga akan menjadi cornerman pada malam pertarungan. Bagi latihan grappling dan MMA pula, beliau berlatih di bawah bimbingan Coach Khyn (PRIME MMA) dan abangnya sendiri, Naimul (STRIVE).
Bagi Dhiaaul, kekuatan dan bakat yang dimilikinya adalah anugerah daripada Allah — sesuatu yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. “Sebagai seorang Melayu dan Muslim, saya ingin gunakan tubuh badan yang sihat ini dengan sebaiknya, kerana ia adalah anugerah daripada Allah,” katanya.
Kepada generasi muda yang baru melangkah ke dunia sukan tempur, nasihat Dhiaaul jelas: “Berlatih dengan bersungguh-sungguh, kekal rendah diri dan jangan sekali-kali berputus asa. Sukan tempur penuh dengan cabaran. Jangan kejar kemasyhuran. Seperti pepatah Melayu, untuk membentuk keris yang hebat, besi itu perlu dipanaskan, ditempa dan diketuk berkali-kali. Begitu jugalah untuk menjadi juara, kita mesti bersedia menempuh ujian dan cabaran.”
Dengan semangat itu, Dhiaaul Amal akan melangkah ke dalam sangkar MMA — membawa bukan sahaja kemahirannya dalam pertarungan, tetapi juga jiwa silat dan kebanggaan warisan bangsanya.
- Warriors.asia













Be the first to write a comment.