Sarawak terkenal sebagai negeri burung enggang. Juga tanah yang mempunyai warisan suku-suku pemburu kepala seperti Iban & Dayak. Ini juga merupakan tempat kelahiran Rentap – seorang pejuang Iban yang berperang melawan penjajah Inggeris.

Untuk merasakan semangat juang orang Sarawak, datanglah ke Kuching Civic Center pada 17 Disember 2022 ini, untuk menyaksikan RENTAP FIGHTING CHAMPIONSHIP (Rentap FC)

Ini adalah acara sepanjang hari, menampilkan pertarungan Muaythai (amatur, semi pro dan Super Pro)

39 perlawanan dijadualkan. 28 amatur / semi pro yang akan berlangsung di siang hari. Menjelang malam, 11 perlawanan Super Pro akan diadakan.

Perlawanan Super Pro ditaja secara pribadi, dan tiket sedang laris dijual. Sila periksa ketersediaannya di https://rentapmuaythai.com/

Untuk edisi ke-2 ini, Rentap FC menampilkan atlit Sarawak vs Thai, Kanada & Perancis. Menampilkan ramai bakat-bakat Muaythai Sarawak yang unggul. Dalam 11 pertarungan Super-Pro, 3 adik-beradik Ghazali akan menjadi nama-nama teratas yang akan memasuki ring.

Elias Ghazali, Johan Ghazali & Mikail Ghazali

Pencapaian terkini mereka, …

Abang sulung, Elias berlaga di stadium Lumpinee yang terkenal dalam Pertandingan Fairtex Road to One. Dia menang dengan keputusan mutlak melawan Jose Viera dari Brasil. Untuk Rentap FC2 Elias akan berdepan Kid Danger dari Thailand di kelas 61kg.

Johan atau akrab disapa sebagai Jojo adalah juara Dunia IFMA dan pemenang pingat emas Malaysia Games (SuUKMA). Baru-baru ini dia bertanding di Petchiyndee Promotion di Rangsit Stadium dan menang TKO round ke-4 melawan Runglek So Chaicharoen. Untuk Rentap FC2, Johan akan bertarung melawan lawan dari Perancis – Nassim dalam kelas 58.5kg.

Adik lelaki yang paling muda, Mikail ‘Miki’ Ghazali bertanding di Thaphae Stadium Chiang Mai dan menang KO round ke-4 melawan Petchpaya. Pada 17 Disember ini, Miki akan menghadapi atlet Thailand – Kukmanthong di kelas 41kg.

Related:  MIMMA 5 Grand Finals : Jay Muran using Martial Arts to combat Leukemia

Petarung Kanada/Palestina, pemenang pingat perak IFMA dan petarung junior nasional Kanada – Olivia Bahsous yang baru-baru ini di Rentap FC1 menang KO round ke-2 melawan petarung Thailand – Petchjarasding juga akan tampil dalam satu-satunya pertarungan profesional wanita malam itu.  Dia akan bertarung di bawah naungan Rentap Muaythai Gym melawan Chumbaa dari Thailand di kelas 31kg.

Juara Dunia IFMA 48kg Muhammad Rifdean Masdor akan kembali ke negeri kelahirannya, Sarawak, untuk melawan Muengubon dari Thailand, kali ini ia akan naik ke kategori 51kg.

Kabilan Jevelan, pemegang pingat gangsa SUKMA & juara Dunia Kickboxing I-1 tahun 2018, seorang pemuda dari Sarawak yang berketurunan India dan Kayan, juga  bertugas di Tentera Udara Malaysia, akan berlaga dalam kategori 60kg melawan Pong dari Thailand.

Seorang lagi warga Sarawak yang memiliki keturunan campuran Iban dan India, Boy Prtasarathee, akan mewakili Rentap Muaythai Gym untuk berlaga melawan Leungchai dari Thailand.

Atlet Sarawak muda tapi sangat berpengalaman – Aman Koboi, peraih pingat perak SEA Games 2019 & SUKMA 2018 akan menghadapi Wassuf sang Juara SUKMA 2019

Jugak atlit Muaythai Sarawak yang akan beraksi pada 17 Desember adalah: Cherilyn Chan, Psg Muaythai, Awangku Abdul Rahman.

Pelatih Rentap Muaythai Gym – Yong, akan mewakili tanah kelahirannya Thailand untuk bertarung melawan Maliki Singa Hitam dari Malaysia. Dan sebagai kemuncak perlawanan Super Pro, ketua pelatih Rentap Muaythai, Addy Singpayak akan memasuki ring melawan Suquet dari Perancis sebagai pertandingan utama malam itu.

Related:  D1FC Rhino Invasion ( D1FC & Superfight Title Fight Hi-Light)

Rentap FC dianjurkan oleh Muay Girl Promotion, Rentap Muaythai Gym dengan sokongan oleh Grit Events.

Rentap Fighting Championship (Rentap FC) 17 Disember adalah edisi ke-2. Acara Rentap FC pertama diadakan pada bulan Jun 2022, juga di Kuching Civic Center. Sebanyak 26 pertarungan yang dipertandingkan (11 amatur, 7 semi pro dan 8 super-pro)

Jennana Johnson & Dolphina dari Muay Girl Promotion mengatakan bahawa mereka ingin membawa perhatian dunia ke Sarawak sebagai tempat yang strategik untuk pelancongan berasaskan sukan, pada masa yang sama memberikan bakat Sarawak satu platform yang mantap untuk bersinar.

Kedua wanita ini memainkan peranan dalam segala hal untuk Rentap FC, dari pemasaran, teknikal hingga ke tugas-tugas operasi.

Mereka ingin memberikan penghargaan kepada Awang Saifeluddin dari Grit Events yang telah membimbing mereka & membantu mereka dalam banyak hal dalam pengurusan acara.

Juga kepada Kelantan Muaythai Channel yang akan cover acara ini secara langsung di halaman FB mereka.

Sebagai ibu kepada 3 adik-beradik Ghazali, dan jugak terlibat sebagai penganjur, Jennana sememangnya sibuk. Namun berkat team Rentap Muaythai Gym yang erat, yang saling membantu, dia dapat buat tugas-tugas nya dengan konfiden  

Ini bukanlah pertama kalinya ketiga putranya berlaga dalam satu acara. Ketiga anak lelakinya ini membesar di suasana gim, ini membolehkan mereka biasa dengan jadual yang padat bila menjelang perlawanan besar.

Semua pelatih, keluarga & rakan team Rentap Muaythai Gym saling membantu antara satu sama lain untuk mengasah teknik mereka & saling memotivasi.

Tiket sedang laris dijual! Jadi segera pesan tiket anda sekarang di http://www.rentapmuaythai.com/ atau hubungi 014-9450515

Tempat Duduk / Berdiri : RM25.00 satu tiket. Meja VIP (8 Kerusi): RM2000.00 satu meja

Jika anda tidak dapat hadir di sana, anda boleh jugak merasakan kehangatan acara ini dengan mendapatkan t-shirt rasmi Rentap FC.